Sep 01 2007
Apa Erti Merdeka
Kita masih lagi dalam suasana sambutan hari Merdeka. Jadi saya rasa belum terlambat untuk saya coretkan serba sedikit berkenaan hari merdeka.
Dalam masa dua hari selepas merdeka, kita dihidangkan dengan berita pergaduhan anak-anak muda kita di sana-sini. Sungguh sayang. Mana erti merdeka. Kenapa kita boleh jadi begini. Masa depan jadi pertaruhan.
Ramai anak-anak muda yang begitu bersungguh untuk menonjolkan kehebatan dalam pelbagai bidang yang boleh memanfaatkan orang lain. Perlawanan bola sepak Pesta Bola Merdeka contohnya, mereka telah membuktikan kebolehan mereka dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di arena sukan. Ada yang berjaya di pelbagai bidang perniagaan, sektor korporat pun tak kurang, menjadi golongan profesional dan sebagainya.
Tapi dalam masa yang sama, tak kurang yang merosakkan diri sendiri. Terlibat dalam gejala-gejala negatif. Apakah erti merdeka kiranya ini yang banyak ditonjolkan. Sayang seribu kali sayang.
Saya pernah dengar sebuah lagu dikir barat tentang merdeka. Tajuknya pun Apa Erti Merdeka nyanyian Cikgu Sulizi. Saya akan letakkan rakaman videonya dalam post saya kali ini.
Kawan-kawan semua boleh hayati setiap kata-kata dalam lirik tersebut. Maknanya cukup mendalam. Kalau tak faham, boleh tanya kawan-kawan dari Kelate. Tanya saya pun boleh gak…
.
![]()















kurang faham sangat ayat kelate tu..tapi dok cuba bagi paham jugak la..
Oo… tak pe nanti saya tulis lirik dia dan saya translate skali. Panjang jugak lirik dia tu…
ok no hal tu insyaAllah…
dilema melayu … kemahuan ada tapi modal tiada …
tapi kalu dikaji modal merupakan penghalang besar dlm pembangunan orang melayu … mitos modal kekadang ada benarnya …
ada betul jugak tu leeza. Sorang kawan saya baru2 ni t’paksa tutup kedai cc dia coz p’saingan modal. mana tahan, orang bukak cc baru kat ngan kedai dia guna modal rm200k ++, kawan saya baru nak upgrade kedai dgn modal rm40k jer. mana tahan…
pendek kata, t’paksa cari biz lain yg guna modal kecik skit…
Kemajuan yang dikejar harus menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu yang sudah berjaya hasil DEB wajar membantu orang Melayu yang masih merangkak dalam bidang perniagaan. Melayu harus dibantu dan dibimbing. Itu bukan pergantungan, tetapi sememangnya perlu dilakukan ke atas orang Melayu yang masih baru dan serba kekurangan dalam banyak hal.Melayu tidak perlu penghinaan daripada bangsanya sendiri, tetapi yang lebih diperlukan ialah dorongan, sokongan dan suntikan modal jika perlu.
malays is criticisin malays..wad a shame..