Sep 08 2007

Teknik Jualan - Jual Diri

Published by AzizMY at 8:21 am under perniagaan, teknik

Apa khabar semua…

Haa… di sini kali ini saya ingin kongsikan satu teknik jualan yang berkesan. Saya telah menghadiri satu kursus untuk teknik ini suatu masa dulu… ( macam dah lama benar je bunyinya… :) ).

Teknik ini memang berkesan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Mula-mula saya dengar saya konpius, bukan apa ingat jual body… Tapi bukan. Bukan itu maksudnya… Teknik Jual Diri ini sangat hebat untuk mebuahkan hasil bagi anda yang mengamalkannya.

Sebenarnya dah ramai orang yang mengamalkan teknik ini. Mungkin ada antara kita yang sedar, mungkin juga tidak. Contoh terbaik dalam perniagaan Internet ialah Dr Irfan Khairi.

Baiklah. Ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira dalam teknik ini. Saya akan tuliskan beberapa kriteria yang saya ingat secara rasmi. Selebihnya kalau ada kawan-kawan yang arif bab ini bolehlah tambahkan dalam ruangan komen.

Antaranya, imej. Imej mestilah sesuai dengan apa bisnes yang kita jalankan. Contohnya anda berbiaga di pasar malam, takkan nak pakai baju kemeja dengan kot kan. Jadi biarlah sesuai dengan pasar malam. Orang tengok pun, orang dah tahu anda memang peniaga di situ dan mereka berani beli barangan anda jual. Kalau anda jual barangan kecantikan, penampilan anda mesti menarik dan wajah bersih. Baru orang berketakinan untuk barangan anda jual.

Antara lain pula ialah cara anda melayan bakal pelanggan anda. Anda boleh lihat cara pekerja di restoran mamak. Apa yang mereka lakukan sebaik sahaja anda tiba dan duduk di kerusi. Pasti adan pelayan yang akan sampai dan lap meja ( walaupun meja dah bersih ) dan bahkan ada juga yang tarik kerusi persilakan anda duduk ( walaupun bukan hotel ). Mereka terus ambil order.

Cara layanan lain pula, bila anda marahkan pelayan mamak tadi bila mereka tersalah bawa pesanan. Anda boleh lihat mereka tidak pernah mengomel. Mereka terima sahaja apa komen anda dan betulkan order anda.

Cara membantu pelanggan buat keputusan. Contohnya apa yang berlaku di pasar malam. Katakan anda nak beli kuih-muih. Anda tunjukkan sahaja kuih apa. Penjual itu akan terus bungkus kuih ke dalam plastik. Tunjukkan sahaja kuih mana. Dia terus bungkus. Adakah anda nak cancel balik belian anda? Oh tidak, agak janggal rasanya sebab dia dah bungkus. Teknik ini anda boleh lihat jika peniaga mengamalkannya.

Peniaga di pasar malam juga tidak diam mulutnya. Anda lalu jer mana-mana gerai. “Bang, akak… mai sini. Buah cantik, segar… murah… murah… Haaa mai bang akak, makcik pak cik…” Contohnya lah tu. Mulut tak boleh diam. Baru orang akan tertarik. Bagaimana kalau anda diam. Susah skit kan.

Sebenarnya ada lagi teknik, cukuplah dulu untuk post kali ini. InsyaAllah saya akan tambahkan lagi di post yang akan datang. Dan minta maaf saya hanya ambil beberapa contoh dan kedai mamak dan pasar malam jadi contoh. Bukan apa, contoh atas pengalaman sendiri. Bukan nak kata yang lain tak bagus. Semuanya bagus, kalau tak bagus macam mana jualan boleh laris, ye tak.

Kalau kawan-kawan ada apa-apa teknik tambahan untuk dikongsikan bolehlah tuliskan ke dalam ruangan komen.

Ok… jumpa lagi…

Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Spurl
  • blogmarks
  • co.mments
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • YahooMyWeb
  • RawSugar
  • digg
  • del.icio.us
  • Smarking

5 Responses to “Teknik Jualan - Jual Diri”

  1. hafrezeon 08 Sep 2007 at 1:11 pm

    kalau kite nk sell ourselves dlm blog mcm mane pulak?..kite tk blh menunjukkan appearance..tk blh nk dress up cun2..any tips?

  2. azizmansoron 08 Sep 2007 at 8:26 pm

    Untuk e-biz eloklah saya rujuk kpd pakar dlm e-biz. Saya cerita banyak b’kaitan dgn offline biz.
    Tapi saya rasalah… kalau mcm blog Dr Irfan, SmartZul, Saifulsham dsbnya tu Jual Diri jugak tu. Promosi kejayaan diri boleh menyebabkan org tertarik utk dapatkan apa shj produk @ nasihat mereka.
    Mungkinlah kot… boleh dptkan detail drpd mereka. :)

  3. Syed Ikhwanon 21 Jan 2008 at 7:30 am

    saya setuju ngan article ni. ni adalah salah satu strategi saikologi utk melariskan jualan mendatang. :)

  4. zaifulon 06 Feb 2008 at 12:46 am

    salam..teknik yang penting dalam pemasaran, ilmu pemasaran pula penting untuk jadi juara kehidupan..terima kasih

  5. saladinon 11 May 2008 at 5:13 pm

    saya rase kalau nak meyakinkan customer kita, nada kita dalam percakapan memainkan peranan yang penting. tak boleh monotoneous je .

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

  • Pelawat Blog


    • Anda boleh download Mozilla Firefox percuma untuk pelayaran dan gambar yang lebih menarik di sini