Jul 19 2007
Kejayaaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari… Suatu Panduan
Saya terbaca satu kisah yang sangat menarik tentang kewangan dan juga kejayaan usahawan bumiputra. Kisah yang boleh diambil iktibar oleh semua usahawan tak kira online mahupun offline.
Kisah ini saya baca dari laman web Ustaz Zaharuddin. Sesungguhnya cara beliau untuk mendapatkan apa yang beliau ada sekarang ini bukanlah begitu mudah. Bukan skim cepat kaya. Bukan makan masa setahun dua. Bukan juga berbekalkan sijil menggunung tinggi ( maaf, bukannya nak kata tak perlu dapatkan sijil tinggi2 ). Cuma peluang tu tetap ada bagi yang tak ada sijil.
Untuk mencapai kejayaan yang hebat juga jangan hanya berharap pada suatu kejayaan sahaja. Saya sentiasa ingat MSI ( Multiple Source of Income ). Ingat… tapi tak sehebat Tan Sri Syed…
Perjalanan bisnes beliau bermula seumur belasan tahun lagi. Dari perniagaan sayura-sayuran, roti canai, jual beli binatang ternakan dan banyak lagi. Kejayaan langkah demi langkah yang diperolehinya bukanlah hanya datang bergolek begitu sahaja.
Sehingga kini hasil kejayaannya tidak menjadikan beliau seorang yang lupa diri. Beliau mempunyai begitu banyak syarikat, namun beliau tetap merendah diri. Beliau sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Menubuhkan Yayasan Al Bukhari.
Kejayaan dan sikap yang seperti inilah yang seharusnya boleh ditiru oleh semua usahawan dalam mengejar cita-cita.
Baiklah untuk bacaan lanjut, anda boleh klik link di bawah ini:
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari

















boleh gak baca kat sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary
A’a kisah yang cukup memberi tauladan
salam alaik..sape2 yang tahu email@surat menyurat kepada tan sri syed bukahri,boleh tak send ke faryzan_islamic@yahoo.com..
saya ingin pohon tajaan untuk sambung pengajian saya..benar2 berharap
boleh tak berikan alamat penuh syed Bukhari?????
alhamdulillah……..artikel ttg tan sri syed dpt saya gunakan utk m’lengkapkn keje KHB ttg keusahawanan.slmt maju jaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.