Feb 14 2008
Ke mana saya… ?
Hai… ape khabar semua…
Dah lama saya tak menulis dalam blog kesayangan saya ini. Bukan saje2 nak menyepi. Cuma sibuk sket dengan aktiviti luar. Ada bisnes luar yang banyak memerlukan perhatian saya beberapa bulan ini. InsyaAllah selepas ini mungkin akan OK sket.
Nak memulakan bisnes bukan satu langkah mudah. Bayangkan kita hendak menghayunkan satu buaian yang sangat berat. Peringkat permulaan kita terpaksa menggunakan tenaga yang begitu banyak untuk menggerakkan buaian kita. Kita terpaksa kayuh, kayuh dan terus kayuh.
Apabila ia mulai bergerak agak laju, penggunaan tenaga kita mulai berkurangan. Dan apabila ia semakin laju lagi, mungkin kita hanya perlu lenggokkan badan sahaja. Jadi, begitu juga dalam bisnes yang kita lakukan. Tidak kira apa saja jenis bisnes baik online mahupun offline.
Itulah yang dipanggil momentum dalam bisnes. Dengan adanya momentum yang kuat ini pergerakan kita semakin mudah. Tapi ia sudah pasti memakan masa. Masa itu pula tidak menentu bagi setiap orang. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Kesabaran memainkan peranan yang sangat penting.
Kawan2 pembaca sekalian juga mungkin ada yang mengalami keadaan yang sama, bahkan ada yang jauh lebih hebat lagi pengalaman daripada saya. Dan, mungkin boleh dikongsikan di sini untuk kebaikan bersama.
Pahit manis yang berlaku dalam berbisnes sangat menyeronokkan. Bagi kawan2 yang belum memulakan bisnes dan baru nak memulakan bisnes, bersedialah untuk pengalaman yang menyeronokkan ini.
Oklah hingga jumpa lagi di topik yang lain. Kiranya ada ilmu yang ingin dikongsikan oleh kawan2 di sana boleh tuliskan di sini. Setiap ilmu yang dikongsikan moga2 akan memahirkan lagi kita dengan bisnes yang kita jalankan.
![]()















