Dah lama saya tak menulis dalam blog kesayangan saya ini. Bukan saje2 nak menyepi. Cuma sibuk sket dengan aktiviti luar. Ada bisnes luar yang banyak memerlukan perhatian saya beberapa bulan ini. InsyaAllah selepas ini mungkin akan OK sket.
Nak memulakan bisnes bukan satu langkah mudah. Bayangkan kita hendak menghayunkan satu buaian yang sangat berat. Peringkat permulaan kita terpaksa menggunakan tenaga yang begitu banyak untuk menggerakkan buaian kita. Kita terpaksa kayuh, kayuh dan terus kayuh.
Pertama sekali saya rasa bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan promosi Amirul Faisyal baru-baru ini. Terima kasih juga kepada Amirul di atas panduan yang hebat daripada beliau.
Saya telah membeli satu sistem yang menjadi rahsia Amirul selama ini. Saya tidak pernah berjumpa dengan sistem ini sehinggalah saya membeli ebook SistemRahsia beliau. Sebenarnya saya telah lama menanti produk beliau ini memandangkan saya telah terlepas produk beliau versi 1 yang lalu.
Bukan apa, pada masa itu saya hanya menanti betul ke tak betul orangnya Amirul Faisyal ini. Saya tak nak tertipu. Penantian saya itu sehinggalah kuota pembelian pada masa itu habis. Selepas itu baru saya tahu Amirul jual produk yang betul dan bermutu melalui testimonial yang saya baca.
Haa… di sini kali ini saya ingin kongsikan satu teknik jualan yang berkesan. Saya telah menghadiri satu kursus untuk teknik ini suatu masa dulu… ( macam dah lama benar je bunyinya… ).
Teknik ini memang berkesan bagi sesiapa yang mengamalkannya. Mula-mula saya dengar saya konpius, bukan apa ingat jual body… Tapi bukan. Bukan itu maksudnya… Teknik Jual Diri ini sangat hebat untuk mebuahkan hasil bagi anda yang mengamalkannya.
Sebenarnya dah ramai orang yang mengamalkan teknik ini. Mungkin ada antara kita yang sedar, mungkin juga tidak. Contoh terbaik dalam perniagaan Internet ialah Dr Irfan Khairi.
Kita masih lagi dalam suasana sambutan hari Merdeka. Jadi saya rasa belum terlambat untuk saya coretkan serba sedikit berkenaan hari merdeka.
Dalam masa dua hari selepas merdeka, kita dihidangkan dengan berita pergaduhan anak-anak muda kita di sana-sini. Sungguh sayang. Mana erti merdeka. Kenapa kita boleh jadi begini. Masa depan jadi pertaruhan.
Ramai anak-anak muda yang begitu bersungguh untuk menonjolkan kehebatan dalam pelbagai bidang yang boleh memanfaatkan orang lain. Perlawanan bola sepak Pesta Bola Merdeka contohnya, mereka telah membuktikan kebolehan mereka dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia di arena sukan. Ada yang berjaya di pelbagai bidang perniagaan, sektor korporat pun tak kurang, menjadi golongan profesional dan sebagainya.
Tapi dalam masa yang sama, tak kurang yang merosakkan diri sendiri. Terlibat dalam gejala-gejala negatif. Apakah erti merdeka kiranya ini yang banyak ditonjolkan. Sayang seribu kali sayang.
Saya pernah dengar sebuah lagu dikir barat tentang merdeka. Tajuknya pun Apa Erti Merdeka nyanyian Cikgu Sulizi. Saya akan letakkan rakaman videonya dalam post saya kali ini.
Kawan-kawan semua boleh hayati setiap kata-kata dalam lirik tersebut. Maknanya cukup mendalam. Kalau tak faham, boleh tanya kawan-kawan dari Kelate. Tanya saya pun boleh gak… .
Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Baru-baru ini saya menerima berita daripada Tazilan Ibrahim…
Pada mulanya saya kurang percaya bila Zamri Nanyan menyatakan yang beliau dan Mohd Sufian sedang membina satu laman web yang memberi video tutorial percuma.
Tetapi…
Semuanya terjawab bila mereka melancarkan laman web tersebut.
Kita sering mendengar perkataan motivasi sejak di bangku sekolah lagi. Terus terang saya katakan sewaktu di bangku sekolah saya kurang berminat dengan motivasi. Bukan apa, pada masa tersebut terlalu memilih. Saya memilih jenis ceramah yang saya nak dengar. Ceramah motivasi boleh dikatakan 80% saya tak suka dengar.
Tetapi keadaan itu kini berbeza. Pandangan saya berbeza melahirkan pendapat yang berbeza tentang motivasi ini. Saya mula tertarik dengan motivasi sejak saya mula menceburkan diri dengan perniagaan MLM lebih kurang 6 tahun yang lepas. Ketika itu saya mula mengenal beberapa orang penceramah motivasi yang hebat.
Tapi saya rasa saya tak nak tulis panjang sebab saya ingin membawa pembaca blog saya ke satu klip video daripada youtube satu majlis bersama penulis buku 55 Petua Orang Berjaya.
Selamat menonton…
Bookmark artikel ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Saya terbaca satu kisah yang sangat menarik tentang kewangan dan juga kejayaan usahawan bumiputra. Kisah yang boleh diambil iktibar oleh semua usahawan tak kira online mahupun offline.
Kisah ini saya baca dari laman web Ustaz Zaharuddin. Sesungguhnya cara beliau untuk mendapatkan apa yang beliau ada sekarang ini bukanlah begitu mudah. Bukan skim cepat kaya. Bukan makan masa setahun dua. Bukan juga berbekalkan sijil menggunung tinggi ( maaf, bukannya nak kata tak perlu dapatkan sijil tinggi2 ). Cuma peluang tu tetap ada bagi yang tak ada sijil.
Untuk mencapai kejayaan yang hebat juga jangan hanya berharap pada suatu kejayaan sahaja. Saya sentiasa ingat MSI ( Multiple Source of Income ). Ingat… tapi tak sehebat Tan Sri Syed…
Perjalanan bisnes beliau bermula seumur belasan tahun lagi. Dari perniagaan sayura-sayuran, roti canai, jual beli binatang ternakan dan banyak lagi. Kejayaan langkah demi langkah yang diperolehinya bukanlah hanya datang bergolek begitu sahaja.
Sehingga kini hasil kejayaannya tidak menjadikan beliau seorang yang lupa diri. Beliau mempunyai begitu banyak syarikat, namun beliau tetap merendah diri. Beliau sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Menubuhkan Yayasan Al Bukhari.
Kejayaan dan sikap yang seperti inilah yang seharusnya boleh ditiru oleh semua usahawan dalam mengejar cita-cita.
Baiklah untuk bacaan lanjut, anda boleh klik link di bawah ini: